Rabu, 22 Februari 2012

Jin Bina Masjid ?

   Pernahkah anda mendengar Jin membina Masjid ? Jika anda pergi ke pekan Kuala Kubu baru,Hulu Selangor.Jangan lupa singgah menunaikan solat di Masjid Lama Al-Hidayah yang barada di sekitar taman perumahan Ampang Pecah,kerana disitu lah terletaknya sebuah Masjid Lama yang di bina sekitar tahun 1926.Jika dilihat Masjid Lama itu nampak seperti masjid biasa,tetapi hakikatnya masjid itu ada mempunyai pelbagai misteri yang tersembunyi malah ada pelbagai kejadian aneh berlaku di masjid Lama ini.
   Jika kita melihat dan meninjau struktur masjid ini,bangunan asal masjid ini masih dikekalkan,jika ada penambahan pun hanya di bahagian depan dan belakang termasuk bahagian-bahagian yang rosak.Batu untuk membina masjid ini adalah dari batu konkrit yang pastinya besar dan berat.Jika hanya menggunakan tenaga manusia sahaja tentunya mengambil masa bertahun untuk menyiapkan masjid ini.Persoalannya,bagaimana masjid ini dapat dibina dalam masa yang singkat ? Dipercayai selain menggunakan tenaga manusia,bantuan jin juga turut digunakan bagi membina masjid ini.Penduduk asal yang telah lama menetap disitu mengatakan masjid lama yang dibina pada tahun 1926 itu telah dibina dengan bantuan jin.
   Apabila ada jin yang turut membantu sudah pastinya kerja berat dapat disudahkan dalam masa yang singkat sahaja.Memang secara dasarnya kedengaran seperti tidak masuk akal dan logik.Bagi saya ianya terpulang pada individu itu sendiri untuk mempercayai atau tidak cerita itu.Ada cerita penduduk disitu mengatakan pernah ternampak seekor ular sawa didalam masjid ketika lalu dihadapan masjid lama itu,tetapi setelah berpatah balik ular sawa itu telah tiada.Ada juga penduduk yang terdengar bunyi tapak kaki budak berlari-lari didalam masjid,bila ditinjau tiada seorang pun didalamnya.Pernah juga yang lalu dihadapan masjid itu lebih kurang pukul dua pagi,tiba-tiba terdengar suara dan tapak kaki budak berlari-lari.Takkan lah
pukul dua pagi ada budak bermain di situ ? Semuanya masih menjadi misteri hingga ke hari ini dan sama ada bayangan atau kenyataan Wallahualam.
  Satu lagi misteri yang harus dirungkai ialah terdapat sebuah kubur lama yang terdapat didalam masjid Al-Hidayah ini.Ada penduduk mengatakan kubur ini adalah kepunyaan tuan punya tanah yang mewakafkan tanahnya untuk membina masjid ini dan dipercayai seorang wanita.Wanita ini dikenali sebagai Fatimah yakni isteri kepada Mat Kundur.Jenazahnya di semadikan disitu mungkin atas sebab wasiatnya ketika hidup.
  Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan kubur itu sebagai tempat permujaan bagi nombor ekor.Penduduk disitu pernah menemui bekas permujaan termasuk lilin yang ditinggalkan di atas kubur itu,terdapat banyak lagi kejadian misteri yang berlaku di masjid berkenaan yang diceritakan oleh penduduk disitu,dan tidak mustahil jika masjid itu benar-benar telah dibina dengan bantuan makhluk halus yakni jin.Yang paling utama kita harus yakin benda-benda ghaib ini memang wujud.
   Cuma ada beberapa penduduk yang rasa terkilan kerana jasa wanita yang mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid tidak dikenang oleh generasi kini.

Ahad, 1 Januari 2012

Tidak Ada Syurga dan Neraka Selepas Mati

Tidak ada Syurga dan Neraka Selepas Mati....Itulah kepercayaan bagi agama sikh,baru-baru ni biru terjumpa seorang kenalan sikh secara tidak sengaja ketika sambutan tahun baru 2012.Borak punya borak entah macam mana terkeluar pulak isu agama,agak sensitif tapi kami 'open minded' yang penting ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat.
Kehidupan di dunia merupakan satu peluang keemasan untuk penganut agama sikh berbuat baik sebelum mereka kembali kepada Tuhan.Mereka juga percaya wujudnya tuhan yang satu dipanggil dengan nama berbeza.Nama Tuhan yang lazim disembah ialah Waheguru.Tentang Syurga ? Orang islam percaya orang baik tempatnya di syurga dan yang jahat ke Neraka la jawabnya,bagi agama sikh semua balasan baik dan jahat hanya berlaku dalam kehidupan di dunia sahaja.Penganut agama sikh percaya roh adalah sebahagian daripada Tuhan.Roh itu hanya pinjaman sementara hidup di dunia.Untuk kembali kepada Tuhan,setiap penganut perlu mengikut segala perintah Tuhan.
Perlu sembahyang,berbuat baik dengan manusia,tolong orang susah,jangan buat jahat,sama macam agama lain juga...Yang baik masuk Syurga dan yang jahat masuk Neraka,Tapi bagi agama sikh tiada semua itu.Kalau tiada Syurga dan Neraka macam mana pulak tu ? Penganut sikh percaya roh adalah sebahagian daripada zat Tuhan,apabila penganutnya mati,setiap roh akan bercantum semula dengan Tuhannya iaitu Waheguru.Untuk bercantum semula,setiap penganut agam sikh perlu melakukan amalan-amalan yang baik sebagai cara untuk memecahkan 'tembok' yang dipanggil 'Koorh Ki Paal' didalam bahasa punjabi.
Tembok inilah sebagai halangan sebelum roh dapat bersatu dengan Tuhan,antara halangan itu ialah minda kita seperti nafsu,ego,tamak dan benda-benda yang tak elok.
'Tembok' yang yang dimaksudkan itu hanya ilusi yang dicipta bagi menggambarkan halangan yang perlu
dilalui setiap penganutnya.Sebelum melepasi dan memecahkan 'tembok' ini,setiap amalan yang baik harus diambil kira.Hanya setelah 'tembok' itu diatasi atau dihapuskan barulah identiti roh penganut agama sikh dapat bersama semula dengan Tuhan Waheguru.Dalam agama sikh,mereka tidak percaya kepada syaitan dan jin,semua makhluk itu tidak wujud sama sekali.Jika penganut agama sikh itu berbuat jahat mereka bukan dipengaruhi oleh jin atau syaitan tetapi akibat hawa nafsu manusia itu sendiri.Dalam agama sikh ,musuh yang paling bahaya adalah minda,mindalah berpusat segala kejahatan..
Kalau tak dapat kawal minda,itu yang jadi perkara jahat...merompak,merogol,bunuh dan lain-lain.Kesimpulannya,soal kehidupan selepas mati tidak banyak diperkatakan didalam agama sikh.Apa yang ditekankan ialah soal ketika mereka hidup di dunia.Tuhan mereka hanya menyeru penganutnya berkerja keras ketika hidup dan berusaha mencapai kejayaan.Soal kehidupan selepas mati tidak perlu difikirkan kerana semuanya ditentukan oleh Tuhan mereka,yang pasti kita semua ada peganggan agama sendiri.....