Selasa, 23 Ogos 2011

'Hantu Tindih"

Pernahkah anda 'Ditindih'ketika tidur ? Mungkin pernah...Fenomena mengenai gangguan tindihan ini berbeza mengikut fahaman dan budaya masing-masing.Orang melayu menggangap ia adalah gangguan daripada jin atau hantu yang menindih seseorang ketika tidur.Ia terjadi hanya beberapa saat sehingga seseorang itu terasa sesak nafas dan tidak berupaya untuk bergerak.Di Amerika,gangguan tidur ini disebut sebagai 'The Devil Riding Your Back' atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.Masyarakat Cina pula menyebutnya sebagai 'Gui Ya Shen' atau hantu yang menekan tubuh.Penduduk di Mexico pula,mempercayai fenomena ini ada kaitan dengan roh orang meninggal dunia yang menempel pada seseorang.
Di Thailand pula ia disebut sebagai 'Pee Umm',iaitu seseorang yang tidur dan bermimpi makhluk halus menahan tubuh seseorang supaya tinggal di alam mereka.Manakala masyarakat di Ireland menggangap ia disebabkan oleh hantu yang duduk di atas dada seseorang dan berusaha membuatkan seseorang itu sesak nafas dan mati lemas.Bagi kepercayaan penduduk di Malta pula,gangguan ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela iaitu isteri kepada Hares,seorang dewa bangsa Malta.Haddiela akan menghantui seseorang dengan cara merasuk.Bagi menghindari serangan ini,seseorang itu hendaklah meletakkan sesuatu benda yang diperbuat daripada perak atau sebilah pisau yang diletakkan dibawah bantal ketika tidur.Persoalannya,kenapa semua bangsa di dunia ini mengaitkan kejadian 'ditindih' ini dengan makhluk halus ? Tiada penjelasankah dari sudut sains ? Sebenarnya fenomena 'kena tindih' ini mempunyai istilah perubatan yang disebut 'Sleep Paralysis' ataupun keadaan lumpuh seketika sewaktu tidur.Ia merupakan salah satu simptom sleep disorder,seseorang yang mengalami sleep paralysis akan merasa sesak nafas,sukar untuk bergerak dan sukar untuk mengeluarkan suara.
Sleep paralysis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,sama ada lelaki mahupun perempuan.Boleh juga dikatakan semua orang pernah mengalami dan merasainya,setidak-tidaknya sekali atau dua kali dalam seumur hidup.Selalunya ia terjadi ketika berada di usia 14 hingga 17 tahun.Fenomena ini terjadi adalah kerana adanya multi fungsi Rapid Eye Movement (REM).Ketika melalui REM ini,seseorang itu akan mengalami mimpi.Mimpi akan membuai seseorang untuk lena dengan nyenyak.
Kemudian berlaku keadaan otak mendadak terbangun daripada tahap REM kepada sedar menyebabkan berlaku sentakan.Ini kerana,tubuh masih lagi dalam keadaan tidur,waktu inilah yang disebut sleep paralysis.Keadaan sebegini boleh dilalui oleh mereka yang tidur dalam keadaan terlalu letih.Sewaktu sleep paralysis ini berlaku,kita akan berasa sangat sedar tapi tubuh tidak mampu digerakkan kerana tidak mendapat arahan dari gelombang otak.
'Kena tindih' ini berlaku dalam dua peringkat.Iaitu ketika baru hendak tidur yang dikenali sebagai 'hypnopompic' dan ketika baru terjaga daripada tidur yang dikenali sebagai 'hypnogogic'.Kebiasaanya ia berlaku ketika tidur tahap pertama yang mana seseorang itu masih aktif dan boleh mengigati mimpi.
Kadangkala fenomena ini berlaku disusuli dengan halusinasi sama ada dalam bentuk audio bunyi-bunyian yang pelik atau visual seperti melihat bayangan hitam dan lembaga di sekitar tempat tidur.Selain itu,mereka yang mengalami kejadian ini juga mampu merasa sentuhan seperti ditindih.
Antara faktor yang menyebabkan kejadian ini terjadi ialah terlalu lama tidur di posisi terlentang,jadual tidur yang tidak menentu ,tidak cukup tidur,stress,penukaran gaya hidup secara tiba-tiba dan penyakit Narcolepsy.
Seseorang yang mangalami masalah tidur amat mudah mengalami sleep paralysis.Bagaimanapun,jika dilihat daripada sudut perubatan islam,fenomena ini masih dianggap sebagai gangguan makhluk halus seperti jin.
Ada beberapa kes yang dilaporkan makhluk halus ini bukan saja mengganggu dengan cara menindih atau menghempap,tetapi mampu mengasari manusia seperti sesetengah perempuan 'dirogol' oleh makhluk halus tersebut.Kadang-kala perkara ini terjadi disebabkan oleh manusia itu sendiri yang menumpang tidur ditempat makluk tersebut.Ini bererti,manusia dulu yang menindih makluk itu sebelum makhluk tersebut menindih manusia ketika tidur.Apapun,amalan tidur mengikut ajaran islam akan menjauhkan seseorang itu daripada berdepan dengan masalah 'ditindih' ketika tidur.

Khamis, 11 Ogos 2011

Buang Stress....Bukan Susah Nak Dapat Wang Berjuta

Kebelakangan ini kita sering melihat pelbagai cara untuk menjadi kaya-raya.Pelbagai program,pelbagai bentuk dan termasuklah pelbagai penipuan...Pendek kata semua nak kaya cepat.Kenapa beriya-iya sangat anda nak kaya ? Apa yang anda nak buat bila dah kaya ? Tentu banyak planning yang tersarat dalam kotak pemikiran anda bila anda sudah bergelar jutawan,rumah besar...kereta mewah...ada pengawal peribadi yang setia mengikut anda kemana sahaja anda pergi, semua yang dihajati boleh termakbul bila bergelar jutawan.
Saban hari anda memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan supaya senang-lenang dan tidak dihujani dengan hutang-piutang sekeliling pinggang.Setiap kali apabila tahun baru menjelma anda barazam dengan tekad...tahun ini aku tak nak tambah hutang...aku nak langsaikan semua hutang...tidak...tidak...tak nak berhutangggg.Tetapi itu hanyalah umpama angan-angan mat jenin,akhirnya hutang yang diazam untuk di lupuskan telah bertukar menjadi pertambahan hutang...
Kita juga sering terdedah dengan pelbagai iklan untuk menjana pendapatan sama ada secara 'full time' atau 'part time',contohnya didalam akhbar.Pernahkah anda terlihat iklan seperti 'sms dan sertakan lokasi anda'...'berkerja di rumah dengan memuatkan sampul surat' dan pelbagai lagi...Bila kita terbaca iklan yang berkaitan dengan kewangan tentu kita ingin mencubanya dengan memberi respons pada mereka untuk turut serta dengan program yang ditawarkan.Selepas itu,mereka mula memberi tindak balas dengan meminta sedikit bayaran daripada kita paling tidak pun RM 20 sebagai pendaftaran sebagai ahli,RM 20 bukannya banyak pun...Pada anda bukan banyak tetapi pada mereka amat mengguntungkan,cuba RM 20 X 1000 orang = RM 20,000.Bukan susah pun nak bergelar jutawan kan ? Duit masuk dengan mudah sekali.Tak perlu bersusah payah membanting keringat,cuma perah otak sahaja.Tentu anda katakan haram makan duit dengan cara sebegitu,tetapi anda harus ingat pada zaman sekarang manusia sudah lupa tentang halal haramnya...yang penting masyukkk.
Begitu mudah anda ditipu hidup-hidup,tetapi anda disyorkan jangan meniru cara sebegitu,merbahaya dan berisiko tinggi,itu hanyalah satu contoh penipuan yang dilakukan sesetengah individu untuk bergelar seorang jutawan dengan segera.Apa yang yang ingin dikongsikan dengan para pembaca disini adalah jangan terlalu ghairah untuk bergelar jutawan sehingga ia mengaburi kotak pemikiran kita hingga kita terpedaya.Jika anda masih teringin pegang wang yang bernilai jutaan mahupun billion atau trillion,bukan susah pun nak dapat jutaan...Nafas biru ada jalan dan caranya....mula-mula anda harus ada wang sebanyak RM 100 sebagai modal permulaan,lagi banyak anda ada lagi bagus.Kemudian dengan hati yang tenang dan penuh kebanggaan lagi tragis,anda pergi ke mana-mana pengurup wang yang berdaftar dan tukarkan RM 100 itu kepada mata wang rupiah atau pun rupee...Nah kini anda telah pun berjaya meletakkan diri anda sebagai Jutawan segera yang penuh penghormatan,lengkap dengan jalan tragisnya....selamat mencuba dan buang stress.........

Selasa, 9 Ogos 2011

Mumia Celtic Di Gurun Taklamakan

Pada tahun 1978,di gurun Taklamakan yang terletak di wilayah Xinjiang,barat daya Cina.Lima jasad manusia yang terawet rapi berusia lebih daripada 3000 tahun telah ditemui.Mumia-mumia ini terdiri daripada seorang lelaki dewasa,tiga orang perempuan dan seorang bayi lelaki.'keadaan mereka'masih sempurna secara fizikalnya,walaupun ada sedikit terjejas.
Ahli arkeologi telah menggelar mumia ini dengan panggilan 'Cherchen Man and Family'.Ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mumia-mumia ini adalah dari suku Caledonia yang berbangsa Celtic,Scotland.Ia dikuatkan lagi dengan struktur fizikal mereka,dan pakaian yang dipakai oleh mumia ini menunjukkan 'mereka'bukanlah orang tempatan.Menurut Victor Mair,seorang ahli kaji purba dan pengarang buku 'Mummies of the Tarim Basin',berkemungkinan besar mumia-mumia ini adalah pencetus kepada kelahiran suku Uighurs,kazaks dan kyrgyz di china.
Mumia lelaki dewasa memiliki rambut perang,tulang pipi yang tinggi,hidung mancung dan berjanggut.Tingginya pula mencecah enam kaki dan memakai pakaian unik berwarna merah.Tiga mumia perempuan yang ditemui bersamanya memiliki rambut yang tebal dan berwarna coklat kemerah-merahan dengan sikat di tangan.Manakala mumia bayi pula dibungkus dengan kain coklat dengan hiasan merah dan biru.Kedua-dua belah mata bayi itu diletakkan batu permata berwarna biru.Disebelah bayi itu turut dijumpai botol susu yang diperbuat daripada kulit kambing.

Selasa, 28 Jun 2011

Elemen Dalam Keris

                             Keris merupakan sebuah senjata lama yang telah wujud sejak 800 tahun dahulu.Ia merupakan lambang kebesaran dan kekuatan malah telah menjadi kegunaan sebagai alat mempertahankan diri serta alat kebesaran bagi seorang pendekar ataupun pembesar melayu pada ketika  dahulu.                                            Teknik  pembuatannya yang penuh ketelitian telah meletakkan ia di kedudukan teratas berbanding senjata melayu lama yang lain.Terdapat empat elemen penting pada senjata lama ini.Antaranya,Hulu keris atau lebih dikenali sebagai pemegang keris.Selalunya,ia akan dihiasi dengan ukiran seni yang berunsur binatang atau juga dewa-dewa.Bagaimanapun,selepas kedatangan islam ke tanah melayu,ukiran itu ditukarkan kepada ciri elemen kayu.                                                                  Elemen seterusnya adalah 'pamor' bermaksud sejenis besi berwarna putih pada mata keris.Kebiasaan,mata keris yang berpamor akan kelihatan berkilat.Dalam seni pembuatan keris,pamor memiliki tiga pengertian.Pertama,bahan dan sebagai contoh dari meteorit,luwu,nikel dan sanak.                                                  Pengertian kedua,berkait rapat gambaran atau pola bentuknya,sebagai contoh Pamor Ngulit Semangka,Beras Wutah,Ri Wader,Adeg dan lain-lain lagi.Manakala  bagi pengertian ketiga pula,lebih bercirikan teknik pembuatannya seperti Pamor Mlunah,Miring dan Puntiran.                                                            Seterusnya,elemen ketiga pula dikenali sebagai 'Warangka Keris' atau sarung keris.Ia merupakan tempat menyimpan supaya mata keris tidak mudah rosak.Kebanyakkan sarung keris diperbuat menggunakan jenis kayu yang berserat.Meskipun begitu,terdapat juga beberapa tempat menggunakan gading atau tanduk sebagai sarung keris.                                                                   Akhir sekali,iaitu elemen yang keempat iaitu Luk'.Istilah ini biasanya digunakan pada keris yang tidak lurus ataupun yang berlekuk.Luk biasanya tidak genap.Jumlah Luk biasanya bagi sebuah keris normal akan bermula dari tiga hingga tiga belas.Sekiranya melebihi,bermakna keris itu tidak normal ataupun disebut sebagai Kalawijan atau Palawijan.

Sabtu, 25 Jun 2011

Planet Nibiru ada kaitan dengan Hari Kiamat

      Pada bulan september 1846,selepas penemuan planet ke-8 iaitu neptun,seorang ahli matematik perancis bernama le verrie mengandaikan bahawa berkemungkinan masih ada planet lain dalam sistem suria kita yang belum ditemui.