Keris merupakan sebuah senjata lama yang telah wujud sejak 800 tahun dahulu.Ia merupakan lambang kebesaran dan kekuatan malah telah menjadi kegunaan sebagai alat mempertahankan diri serta alat kebesaran bagi seorang pendekar ataupun pembesar melayu pada ketika dahulu. Teknik pembuatannya yang penuh ketelitian telah meletakkan ia di kedudukan teratas berbanding senjata melayu lama yang lain.Terdapat empat elemen penting pada senjata lama ini.Antaranya,Hulu keris atau lebih dikenali sebagai pemegang keris.Selalunya,ia akan dihiasi dengan ukiran seni yang berunsur binatang atau juga dewa-dewa.Bagaimanapun,selepas kedatangan islam ke tanah melayu,ukiran itu ditukarkan kepada ciri elemen kayu. Elemen seterusnya adalah 'pamor' bermaksud sejenis besi berwarna putih pada mata keris.Kebiasaan,mata keris yang berpamor akan kelihatan berkilat.Dalam seni pembuatan keris,pamor memiliki tiga pengertian.Pertama,bahan dan sebagai contoh dari meteorit,luwu,nikel dan sanak. Pengertian kedua,berkait rapat gambaran atau pola bentuknya,sebagai contoh Pamor Ngulit Semangka,Beras Wutah,Ri Wader,Adeg dan lain-lain lagi.Manakala bagi pengertian ketiga pula,lebih bercirikan teknik pembuatannya seperti Pamor Mlunah,Miring dan Puntiran. Seterusnya,elemen ketiga pula dikenali sebagai 'Warangka Keris' atau sarung keris.Ia merupakan tempat menyimpan supaya mata keris tidak mudah rosak.Kebanyakkan sarung keris diperbuat menggunakan jenis kayu yang berserat.Meskipun begitu,terdapat juga beberapa tempat menggunakan gading atau tanduk sebagai sarung keris. Akhir sekali,iaitu elemen yang keempat iaitu Luk'.Istilah ini biasanya digunakan pada keris yang tidak lurus ataupun yang berlekuk.Luk biasanya tidak genap.Jumlah Luk biasanya bagi sebuah keris normal akan bermula dari tiga hingga tiga belas.Sekiranya melebihi,bermakna keris itu tidak normal ataupun disebut sebagai Kalawijan atau Palawijan.
KUASA MISTIK KERIS
Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu,keris selalunya dikaitkan dengan kuasa yang luar biasa. Pertama,ia dipanggil sebagai 'Tuah Keris'.Kononnya,sewaktu keris ditempa,tukang yang membuatnya akan membaca doa atau mantera ke dalam lipatan-lipatan besi keris dan Pamor.Bagi keris yang memiliki kuasa sebegini,selalunya tidak perlu untuk diasap dengan menggunakan kemenyan.
Kedua,keris yang memiliki khadam atau jin.Kebiasaanya,proses memasukan khadam ini dilakukan oleh tukang tempa dengan membaca pelbagai mantera semasa kerja-kerja keris dilakukan.Justeru,ia memerlukan upacara-upacara tertentu bagi mengekalkan khadam berada dalam keris.
Senjata ini juga kononnya boleh dilihat sebagai penawar penyakit dan membawa tuah.Namun ia terdapat pantang larang yang mesti diikuti.Antaranya adalah pemilik dilarang membuka keris daripada sarung bagi menggelakkan semangat berada didalamnya akan hilang.Bagi mengelak hilangnya kuasa sakti yang ada,keris juga tidak boleh dipegang menghadapkan mata keris kelangit.Malah,jika senjata ini tidak digunakan,mestilah dibalut dengan menggunakan kain kuning.
Di dalam ilmu dunia persilatan,seseorang pendekar yang tahu bermain keris selalunya akan tahu di mana kehebatannya.Meskipun begitu,setiap keris pasti ada cerita,rahsia dan adat yang tersendiri yang bukannya boleh dibuat sesuka hati.Raja,Istana,Adat dan Adab orang melayu takkan hilang didunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan